Monday, January 16, 2012

Emas sebagai "emergency cash"

Kadang kadang kita menghadapi satu situasi, di mana kita perlukan wang dalam jumlah yang agak banyak, atas sebab sebab yang tidak diduga, sebagai contoh, untuk baiki kerosakan kenderaan, membiayai kos perubatan atau untuk menampung kos mengembangkan perniagaan anda. Jadi bagaimana simpanan emas anda boleh membantu anda menghadapi situasi sebegini?


Salah satu caranya ialah "mencairkan" emas anda kepada wang atau "cash money".

Dan salah satu caranya mencairkan emas tanpa menjualnya anda ialah dengan menggunakan Ar-Rahnu.

APA ITU AR-RAHNU?


Pinjaman ar-rahnu ialah skim pajak gadai islam yang berasaskan syariah dimana bank memberi pinjaman bersandarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan akan mengemukakan barang kemas@ emas sebagai cagaran.Barang kemas itu akan disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.


Dengan kemudahan Ar-Rahnu yang disediakan, anda boleh mencagarkan emas anda untuk mendapatkan "cash money" dengan segera bila anda memerlukannya.Anda akan mendapat pinjaman sehingga 70% dari nilai emas yang anda cagarkan. Kebiasaannya anda boleh menebus kembali emas anda tadi dalam masa 6 bulan atau lebih awal dari itu, dengan membayar jumlah pinjaman tadi dan berserta upah simpan yang telah ditetapkan.





PROSES PINJAMAN BERCAGARKAN EMAS (AR-RAHNU).

Sebagai contoh anda mempunyai 10gm emas berketulenan 24k(999)

Sila pastikan anda membawa kad pengenalan. Resit pembelian kadang kadang diminta, jadi kalau ada bawalah sekali kalau kalau pegawai nak tengok.

1)Pegawai ar-rahnu akan menimbang emas tadi dan memeriksa ketulinannya.

2)Setelah itu pengiraan nilai emas pun akan dibuat.Sebagai contoh, pada hari itu, kadar bagi segram emas 24 k adalah rm 200(rm 200/gram). Jadi nilai ringgit emas anda ialah

10gm x rm 200 = rm2000.Nilai ini juga dikenali sebagai NILAI MARHUN.

3)Sekarang pengiraan untuk jumlah pinjaman maksimum yang boleh anda perolehi, kebiasaanya 70% daripada nilai marhun tadi.

70% x rm 2000 = RM 1400. Ini adalah JUMLAH PINJAMAN maksimum anda.


4) Seterusnya kos upah simpan bulanan. Kita andaikan upah simpan adalah

RM 0.70 bagi setiap RM 100 nilai marhun.

jadi pengiraan untuk kos upah sebulan adalah :

        (Nilai Marhun / RM100) x rm 0.70 = (RM 2000 / RM 100) x RM 0.70
                                                                = RM 14.00 (KOS UPAH SIMPAN BAGI SEBULAN)

5) Kita andaikan anda akan menebusnya selepas 6 bulan . Jadi jumlah bayaran balik :

(Kos upah sebulan x jumlah bulan) + Jumlah pinjaman= (RM 14 x 6 bulan) + RM 1400
                                                                                      =  RM 84 + RM 1400
                                                                                      = RM 1484 (JUMLAH BAYARAN BALIK)
Tapi seperti saya jelaskan awal tadi, anda boleh menebus awal emas anda, dan kos upah hanya akan dikira hingga setakat tempoh dari bulan anda mencagar hingga ke bulan anda menebusnya kembali.katakan anda menebus dalam masa 3 bulan, jadi upah simpan anda hanyalah RM 14 x 3 bulan RM 42 sahaja.

 6) Setelah selesai pegawai bank akan menyerahkan anda surat pajak yang ditandatangani oleh anda dan pihak bank dan seterusnya anda akan menerima "cash" di kaunter.


CARA MENEBUS.

Hanya bawa surat pajak berserta IC dan duit pembayaran. Setelah selesai bayaran, emas anda akan dikembalikan.



Itulah secara ringkasnya cara cara membuat pinjaman menggunakan Arrahnu di bank bank dan koperasi.

Jadi anda boleh merancang kewangan anda supaya anda dapat tebus balik emas yang dicagarkan tadi.


JUMLAH BAYARAN BALIK/ 6 bulan = RM 1484 / 6 = RM 248 sebulan. Jika anda amalkan disiplin membuat peruntukan setiap bulan , insyAllah tiada masalah untuk anda tebus balik emas anda pada masa yang telah ditetapkan.

Jika anda gagal menebusnya dalam tempoh masa 6 bulan, anda boleh memohon untuk dilanjutkan tempoh pinjaman dengan syarat anda mestilah membayar upah simpan terdahulu. Jika sudah sampai tahap di mana anda tidak dapat menebus emas anda, pihak Ar-rahnu akan melelong emas tersebut mengikut harga pasaran semasa. Jika terdapat lebihan dari hasil lelongan tersebut setelah ditolak jumlah pinjaman dan upah simpan, duit lebihan itu akan diserahkan kepada anda. Tapi saya berharap janganlah sampai perkara ini terjadi kerana ianya merugikan anda. Jadi rancanglah kewangan anda dengan teliti supaya anda tidak kehilangan emas anda.

Akhir kata, jika kemudahan digunakan dengan cara yang betul, anda akan dapat kelebihannya berbanding dari menyimpan wang kertas.

Apa kelebihannya?
Andaikan anda hanya mempunyai wang simpanan sebanyak RM 2000 yang telah anda kumpul selama setahun, bila ada kecemasan anda terpaksa gunakan wang tersebut. Jadi anda terpaksa berusaha kembali untuk mengumpul semula wang simpanan anda, kalau tak kena gaya dan kurang disiplin, mungkin sukar nak capai tahap tersebut dalam kadar segera.


Berbanding apabila anda mempunyai emas yang nilainya RM 2000 pada waktu tersebut, anda menggunakan kemudahan Ar-Rahnu untuk dapat wang segera dan dalam masa 6 bulan anda sudah pun dapat menebus kembali emas.Dan kebiasaanya selepas 6 bulan, harga emas anda mungkin sudah meningkat. Masalah anda selesai, dan anda dapat balik emas anda, yang harga meningkat saban tahun. Bukankah itu sesuatu yang menguntungkan?

p/s: Jangan salah gunakan kemudahan ini, meminjam hanya bila terdesak sahaja.

Untuk mendapatkan kalkulator perngiraan Ar-rahnu Agrobank klik di sini
http://mygoldtrading.blogspot.com/2012/01/kalkulator-ar-rahnu-agrobank.html






       







Sunday, January 15, 2012

Hati hati membeli barang kemas


Kepada anda  yang suka membeli barang kemas sama ada di kedai kedai emas atau dari online, ada  satu  perkara yang peru diperhatikan iaitu ketulinan barang kemas tersebut.


Sebagai contoh, kita telah membeli seutas gelang tangan berketulinan 916, yang memang ada cop 916 di bahagian cangkuknya,tapi  bila kita bawa barang kemas tersebut untuk urusan Arrahnu(pajak gadai islam sbg contoh di Agrobank), bacaan densimeter  tak dapat baca 916 sebaliknya lebih rendah dari 916..

JAWAPANNYA:

Berkemungkinan emas yg dibeli tu adalah emas tarik atau nama manjanya "refine gold".
Sebaga ilustrasi gambar di atas,emas yg betul betul 916 adalah di bahagian cangkuk itu sahaja (anak panah merah).body tu emas yg mutunya bawah dari 916.

Sebab tu pernah tak jmpa cop 916 kat body (anak panah biru).Bila emas 875 atau 835 dicampur dgn 916 utk hasilkan brng kemas ini,automatik densimeter akan tolak emas ini 
menjadi emas 835 atau 750.


Kesimpulannya hati hati semasa membeli tak kiralah di kedai emas atau dari pekedai pekedai online.
Anda bayar harga barang kemas pada rate 916 tetapi yang sebenarnya anda telah ditipu. Mungkin ada yang tidak kisah tentang perkara ini kerana kemungkinan pekedai tersebut telah menurun sedikit harga untuk menarik pelanggan, macam orang putih kata "an offer you can't refuse". Tapi bagi yang bercadang untuk membuat perlaburan jangkamasa panjang, adalah tidak digalakkn untuk menyimpan emas yang ketulinannya di bawah 916. Lagipun takkan nak biarkan diri anda tertipu oleh orang yang sama, bila nak tambah koleksi emas lagi betul tak ?

InsyaAllah, dengan izin Allah, emas keluaran Public Gold dan Coldcrest Pavillion dijamin mutu dan ketulinannya.
DIOLAH DARI INFO ASAL OLEH:
HANIZ ZERSTOREN (ADMIN GOLD INVESTOR CLUB)


p/s: Untuk barang kemas berketulinan 999, kalau buat pajak gadai kat Bank Rakyat, mungkin penilai akan turunkan jadi emas 950. saya pernah bertanya pada pegawai tersebut kenapa, dia cakap ini memang kebiasaanya yang dibuat.Wallahua'lam.Mungkin berbeza kat cawangan lain.

Kemudian saya pergi pulak buat arrahnu Agrobank dengan barang kemas yang sama, alhamdulillah, mereka dapat bacaan 999 dan pengiraan marhun dibuat dengan rate 999 juga.





Thursday, January 12, 2012

Harga emas dijangka naik RM5662 seauns


Harga emas dijangka naik RM5662 seauns

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.

Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.

Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA

Sumber :Berita harian, 7 Januari 2012
Dipetik dari http://jutawangold.com/artikel/harga-emas-dijangka-naik-masa-untuk-bertindak.html

Saturday, May 07, 2011

Dinar Dinar Yang Boleh Didapati di Malaysia(Credit to QC)

(Berkalimah Tauhid) - DINAR

1. Dinar GCP (999.9) 1 - Malaysia


2. Dinar Muslim (916) 1, 2, 8 - Malaysia


3.Dinar Kulim 1/2, 1 - Malaysia


4. Dinar Darul Ehsan (916) 1, 1/2 - Malaysia


5. Dinar Darul Ehsan (999) 2 - Malaysia


6. Dinar Darul Takzim (916) 1 - Malaysia


7. Dinar Darul Khusus


8. Dinar Restu (917) 1, 1/8 - Malaysia


9. Dinar Kelantan(KGT) (917) 1/2,1,2,5,8 - Malaysia

10.Dinar Mutiara (917) 1 - Malaysia

11.Dinar Darul Makmur (916) 1 - Malaysia

12.Dinar Putra (916) 1 - Malaysia

13.Dinar IMN (916) 1 - Indonesia

14.Dinar WIN (916) 1 - Indonesia


15.Dinar Logam Mulia (999) 1 - Indonesia


16. Dinar Royal Mint (916) 1 - Malaysia

(Inskripsi Basmallah) - Dinar

Dinar Wakala (917) 1 - United States Of America



(Tanpa Kalimah Tauhid) - DINARIUS

PublicGold @ PG @ PD (916) 1,5,10 - Malaysia

Dinar Emas Mekah (SRI AYU) (917) 1,2,4,8,20 - Malaysia

Dinar Logam Mulia @ LM (916) 1 - Indonesia


DIRHAM (Berkalimah Tauhid)

KGT/Kelantan Dominasi 1, 2, 5, 10 ,20, - Malaysia

Goldnet/Perak Darul Ridzuan 1, 2, 10 - Malaysia

Dirham Darul Takzim 1 - Malaysia

Dirham DGE 1,5,10 - Malaysia

Dirham Restu 1,5 - Malaysia

Dirham IMN, 1/6, 1/2, 1 - Indonesia


(Inskripsi Basmallah) - Dirham

Dirham Wakala, 1 - United States Of America


RUJUKAN Nilaian Semasa:

KGT/ Kelantan http://islamicmint.com.my/chart.php

Muslim : http://nubexblog.blogspot.com/

Dinar Darul Ehsan : http://kilauan-dinaremas.blogspot.com/ @ http://syeikhulmaqari.blogspot.com/

Dinar & Dirham Darul Takzim http://www.auraurum.com/

Dinar & Dirham Kulim http://dinarkedah.blogspot.com/

Dinar Mutiara http://dinarpenang.blogspot.com/

PublicDinar: http://www.publicdinar.com/

DinarWakala : http://www.dinarwakala.com/


Tambahan:

Link 1: http://www.facebook.com/home.php?sk=group_130228377040193&view=doc&id=157443594318671

Link 2 : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_130228377040193&view=doc&id=154050831324614


"Selagi mana sesuatu itu mengenalkan dirinya sebagai dinar/dirham, namun tiada nilai intrinsik padanya dan juga tiada "Roh Islamiah" (Kalimah Tauhid dan/atau Inskripsi Basmallah) ... maka ianya tidak layak menggelarkan dirinya dinar/dirham..." - Quezzo Corp

Thursday, May 05, 2011

Pengiraan Harga Emas berdasarkan harga pasaran di KITCO

Assalamualaikum.
Pengiraan ini berdasarkan harga pasaran emas mentah yang dipaparkan di KITCO
http://www.kitco.com/charts/popup/au24hr3day.html
Perlu diingatkan pengiraan ini tidak semestinya tepat, tetapi boleh dijadikan anggaran tentang harga emas sebenar di pasaran Malaysia.

sebagai contoh pada 05 May harga purata 1 Ounce emas adalah USD 1520

Oleh kerana di Malaysia kita lebih gemar menggunakan gram, jadi

1 Ounce(Troy) = 31.10 gm

31.10gm = USD 1520
1 gm = USD 48.87

Sekarang kita lihat pula kadar tukaran wang asing USD kepada RM


1 USD = RM 2.98

Jadi 1 gm = RM 145.63, dan inilah yang selalu orang panggil harga Spot Gold.

Persoalannya sekarang, kenapa kita perlu tahu harga Spot Gold nie?

Jawapannya, ia dapat membantu kita menilai sendiri harga emas yang kita ingin beli, adakah ia terlalu tinggi atau hampir dengan harga spotgold tadi.

Harga barang kemas seperti cincin, rantai lebih tinggi dari spot gold kerana kos pengeluarannya, serta kos pertukangan(workmanship).

Berbeza pula dengan gold bar atau syilling emas, yang mana harganya mungkin lebih hampir dengan harga spotgold, kerana kebiasaanya, kos pengelurannya jauh lebih rendah berbanding barang kemas dan tiada kos workmanship.

Sebagai contoh Dinar Putra(916/22K) seberat 4.25gm

Harga hari ini RM 687
Kandungan emas tulin ialah 91.6% drpd 4.25gm iaitu sebanyak 3.893gm

3.893gm x RM 145.63 = RM 566.94

Jadi perbezaan harga

RM 687 - RM 566.94 = RM 120(Kos pengeluaran+untung)

Tetapi RM 120 bukanlah bermakna kesemuanya itu adalah kos pengeluaran, tetapi telah meliputi kos penghantaran dan untung yang diambil oleh pengeluar,pengedar dan penjual.

Dari contoh di atas, diharap dapat membantu saudara saudari memahami mengapa harga dinar berbeza antara satu sama lain dan mungkin juga dapat membuat pilihan sebelum membeli sesuatu produk emas.

Diharap dengan sedikit maklumat ini dapat memberi manfaat kepada saudara saudari. Jika ada kesilapan, sila perbetulkan=).Wasalam.

Nota kaki: Tak semua kedai emas berpandukan pada KITCO...ada yang berpandukan pada harga pasaran EMAS PER TAHIL..InsyaAllah...saya akan tulis sedikit pengiraan berdasarkan EMAS PER TAHIL..