Sunday, January 29, 2012

Zakat Emas



Dipetik dari : http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pengiraan-zakat-emas-dan-perak/

Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.


1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak :)

Menyimpan emas? Apa anda perlu tahu?




Ramai orang yang baru kenal emas sebagai simpanan dan pelaburan tertanya-tanya banyak soalan dan ingin tahu banyak perkara.Mereka akan tertanya-tanya apakah simpanan emas ini,bagaimana hendak untung dan macam-macam lagi.
Saya cuba senaraikan apa yang anda perlu tahu dari sudut pandangan saya yang secara tak langsung terlibat dengan simpanan emas sejak penghujung tahun 2008.

1.Sebaik sahaja anda sedar tentang kepentingan emas,anda buat sedikit kajian.Mudah sahaja,maklumat kini hanya di hujung jari,pakcik google sedia membantu.
-kini terdapat banyak blog tentang emas,kebanyakkannya adalah kepunyaan dealer PG,GCP dan beberapa syarikat lain.Forum yang membincangkan tentang emas juga membantu kerana anda boleh membaca komen/pendapat dari ramai orang.Forum yang saya paling minati ialah carigold.com.Di sinilah saya mula berkongsi pengalaman dengan orang lain sehingga saya melangkah satu demi satu hingga ke tahap ini.Alhamdulillah.
-namun awas!membaca di internet sahaja tidak mencukupi.Anda boleh menghubungi mana-mana dealer/individu yang diyakini boleh membantu anda menjadi lebih faham tentang emas.

2.Boleh melihat web syarikat yang menjual emas ini untuk mengetahui serba sedikit tentang syarikat,produk,harga dan  pelbagai maklumat lagi yang mungkin membantu anda membuat pilihan nanti.Antara web yang anda boleh lihat ialah produk Public Gold dan GCP.Klik sahaja di ‘banner’ yang terdapat di bahagian atas sebelah kanan di web ini.Selain itu,anda boleh melihat beberapa produk lain di menu bahagian bawah sebelah kanan web ini untuk membuat perbandingan.

3.Faktor yang anda perlu ambil kira:
jenama- pentingkah jenama?ada pro dan kontra nya.Emas tetap emas tak kira jenama apa.Apa yang penting ialah ketulenan dan beratnya betul.Jenama penting juga apabila anda berkira-kira untuk menjadikan emas sebagai simpanan+pelaburan.Dari segi ini saya boleh katakan,emas yang dikenali ramai lebih mudah dijual semula.Contohnya emas pilihan masa kini,Public Gold dan GCP.Jenama tidak penting jika anda pasti ia memang untuk simpanan semata-mata,tujuan memajak atau untuk peleburan bagi proses menjadikan ia barang kemas.
harga/spread -kedua faktor ini memainkan peranan kerana saling bersangkut paut antara satu sama lain.

Apakah spread?
1.       SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula mengira SPREAD adalah sebagaimana berikut:
2.       SPREAD = Harga WE SELL – Harga WE BUY
3.      Peratusan  SPREAD = (Jumlah  SPREAD / Harga WE BUY) x 100
Spread adalah perbezaan harga jual dan harga beli.Di website syarikat emas akan tertera harga ‘we buy’ (kami jual)-ini maksudnya harga jualan syarikat/dealer manakala ‘we buy’(kami beli) adalah harga belian balik syarikat/dealer  jika anda ingin menjual kembali.
Bagi yang menjadikan emas sebagai pelaburan-buy low sell high (beli rendah jual tinggi)-spread dan harga ini penting diketahui.
Emas Murah  spread tinggi  atau Emas Mahal spread rendah menjadi pilihan anda?Tepuklah dada tanya selera.
Masing-masing mempunyai kelebihan dan emas dengan harga murah spread tinggi kini boleh diatasi masalah spread tersebut dengan cara pemberian diskaun oleh dealer.
ketulenan -emas mempunyai banyak gred.Paling digemari emas dengan ketulenan 916 (22k) dan 999.9 (24k).Emas 916 biasanya dinar dan barang kemas.Manakala emas 999 pula dalam bentuk gold bar.Namun kini ada  pilihan dinar  999 (GCP) dan barang kemas 999 (Rantai tangan/rantai leher GCP).
Kos pergram bagi emas 999 beza antara rm8-rm9 dengan emas 916.Maka kenaikan ketara pada  harga ialah emas 999.Jika ingin untung yang lebih,maka emas 999 dicadangkan.

4. Jenis-jenis simpanan/pelaburan emas :
-Pelaburan melalui buku aka emas maya seperti GSPA (Public Bank) GIA (Maybank) dan KFH.Setakat ini yang patuh syariah adalah KFH,yang lain tidak digalakkan kerana haram.Ini kerana beli emas tidak dapat emas,maka ia tidak memenuhi hukum sah jual beli dalam Islam
-Pelaburan emas fizikal-dalam bentuk dinar,syiling dan jongkong (gold bar)
5.Bagaimana bermula?Berapa harus saya simpan/laburkan dalam emas ?
Sebaiknya anda memahami dahulu dan kutip seberapa banyak ilmu tentang emas ini.Ini akan membantu anda membuat keputusan kelak termasuk tentang berapakah yang harus dilaburkan dalam simpanan emas ini.Anda juga boleh memohon pendapat/pandangan dari individu  yang sudah berpengalaman dalam simpanan/pelaburan emas.Anda juga boleh baca di menu Soalan Lazim/FAQ di web ini.

6.Perkaitan emas dan wang kertas

Ini antara bahagian penting dalam memahami tentang emas.Tahukah anda emas adalah wang yang sebenar?Pada zaman dahulu emas dan perak dijadikan wang.Wang kertas pernah bersandarkan emas,namun sejak 1971 ia tidak lagi bersandarkan apa-apa.Ini menyebabkan wang kertas sebenarnya hanyalah nilai yang diperakukan oleh sesebuah negara.Negara yang menguasai matawang semua negara adalah USD.Mereka boleh mencetak wang sesuka hati mereka dan ‘merompak’ hak negara lain dengan wang kertas ciptaan mereka.
Lihat sahaja di sekeliling kita,harga barang semakin naik.Inflasi menyebabkan kuasa membeli kita semakin berkurangan dan wang kertas semakin susut nilai.Contoh inflasi yang jelas,dulu dengan rm10 pergi ke pasar kita dapat beli macam-macam.Tapi sekarang dengan nilai wang yang sama iaitu rm10 kita hanya dapat membeli sedikit sahaja barang.
Wang kertas susut nilai,emas ?Emas semakin bernilai.Selagi matawang tidak bersandarkan emas,selagi itu harga emas akan naik untuk jangka masa panjang.Penurunan jangka masa pendek adalah sesuatu yang normal kerana harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor lain juga yang  akan dibincangkan di artikel lain nanti.
Semoga artikel kali ini boleh memberi penerangan serba sedikit tentang asas dalam simpanan emas.




Dipetik dari
http://www.jutawangold.com

Komen saya : Jom mulakan simpanan emas fizikal dengan segram emas



Saturday, January 28, 2012

Keistimewaan Emas dan Kelebihan Memilikinya


Sumber : http://jutawangold.com Ditulis oleh cikgusimple


APAKAH KEISTIMEWAAN EMAS?
1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga
3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi
6.Mudah untuk menukarkan kepada duit
7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.
“Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan serta merta tetapi ia boleh mengelakkan anda dari terus miskin”

SEBAB APA PERLU SIMPAN EMAS?
1.Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas 
tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)


2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
Pelaburan yang amat selamat..tk buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun..


3.Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampun tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat


4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.
5.Pelindung kekayaan
Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.

6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.



Komen saya: Jom jadikan emas sebagai simpanan alternatif jangka masa panjang.

Friday, January 27, 2012

Syarat baru pinjaman bank 2012


Dipetik dari http://beritasemasa.com/pinjaman-bank-syarat-pembiayaan

Ada yang di sini baru atau telah hantar permohonan pinjaman bank? Nampaknya anda mungkin “sedikit sahaja bernasib baik”, kerana bermula awal tahun 2012,pinjaman bank akan mula diperketatkan dalam erti lain, makin sukar untuk mendapatkan pinjaman bank. 
  • Berkuat kuasa 1 Januari 2012
  • Bank perlu beri maklumat terperinci pinjaman
  • Ambil kira pendapatan bersih
KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pinjaman bank, berkuat kuasa 1 Januari depan. Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.
Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar. (Sumber : Berita Harian)
Antara garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia kepada semua intitusi kewangan di Malaysia, suapaya hanya menawarkan pinjaman bank kepada yang benar-benar layak sahaja, antaranya ialah :
Garis panduan ini baru oleh Bank Negara ini tertakluk kepada :
  • Semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pinjaman perumahan
  • Pinjaman kereta
  • Kad kredit dan kad caj
  • Pinjaman peribadi termasuk overdraf
  • Pembiayaan untuk beli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia
Dan kalau sebelum ini kita banyak melihat pinjaman kereta mampu melangkaui lebih 9 tahun, bermula awal tahun 2011 tiada lagi pinjaman kereta melebihi 9 tahun dan 9 tahun adalah tempoh pinjaman maksimum yang dibenarkan. Nampaknya hanya angka 9 tahun yang mampu dipertahankan untuk pinjaman kereta, menampakkan itu sahaja kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia membeli kereta-kereta yang ada di Malaysia sekarang, baik kereta Nasional mahupun kereta import.
Bagi kami langkah Bank Negara kali ini, kami agak bersetuju walaupun kami tahu ianya memang pahit untuk ditelan kerana sekarang ini :
  • Kadar NPL makin meruncing
  • Kebanyakan pinjaman peribadi contohnya digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk “tujuan-tujuan yang tidak berfaedah”. Tidak perlu kami huraikan, kami rasa anda-anda semua lebih mengetahuinya
  • Diharapkan apabila kemudahan kredit dikurangkan, sekurang-kurangnya harga rumah akan jatuh sedikit demi sedikit dan kembali ke paras yang munasabah walaupun hakikatnya kelompok daripada REDHA tidak akan mudah “merestuinya”
  • Elakkan lebih ramai muda-mudi daripada termasuk kelompok “blacklist”

Pinjaman Bank Diperketatkan. Langkah Kerajaan?

pinjaman bank 2 Pinjaman Bank : Syarat Makin Susah Bermula 1 Januari 2012. Respon Anda?
Tetapi langkah sendirian Bank Negara tidak cukup selagi tiada kerjasama daripada pihak kerajaan kerana, ketahuilah rakyat Malaysia sekarang ini menanggung :
Kita ambil secara majoritinya dengan mengenepikan golongan miniroti yang boros berbelanja. Okey…..yang menyebabkan rakyat Malaysia buat pinjaman bank ini semua, sebab majoriti pendapatan rakyat Malaysia tidak setara ataupun setimpal dengan kos sara hidup di Malaysia.
Hutang paling besar rakyat Malaysia datang daripada pinjaman perumahan & pinjaman kereta. Rumah di Malaysia sekarang memang sudah melampau-lampau mahalnya dan begitu juga harga kereta di Malaysia, sedangkan zaman sekarang rumah dan kereta satu kemestian.
Dan……kita sebenarnya sekarang ini berada dalam “kesenangan” yang
Pinjaman bank : Kepincangan sistem kewangan moden hari ini :
Disebalik garis panduan terbaru Bank Negara ini, golongan yang pasti akan terkesan adalah golongan pertengahan dan juga pendapatan yang “suam-suam kuku sahaja”. Golongan yang kaya-raya tidak terkesan pun. Malah suka atau tidak, hakikatnya mereka sering diberikan layanan “kelas pertama” oleh pihak bank untuk buat pinjaman bank.
  • Golongan berpendapatan rendah : Jumlah pinjaman lebih kecil dengan kadar yang lebih tinggi
  • Golongan kaya : Jumlah pinjaman lebih besar dengan kadar yang lebih rendah. Yang pastinya, pinjaman bank untuk mereka lebih mudah untuk diluluskan
Walaubagaimanapun, kalau disebabkan pelaksanaan syarat baru pinjaman bank ini menyebabkan ramai orang tak mampu nak meminjam disebabkan kurang mampu untuk membayar hutang. Dengan tidak memberikan memberi pinjaman bank kepada golongan ini, bermakna mereka sebenarnya telah dijauhkan daripada masalah yang boleh timbul akibat tak bayar hutang. Adakah ini sesuatu yang baik kepada golongan ini?
Okey, kami berikan contoh. Katakan :
  • Sebelum syarat baru pinjaman bank dilaksanakan, hutang boleh dinilai sehingga 70% daripada pendapatan isi rumah
  • Selepas syarat baru pinjaman bank dilaksanakan, katakan jumlah hutang terhadap pendapatan isi rumah dikurangkan kepada 50%.
  • Ini bagus, kerana jumlah pembayaran bagi sesuatu hutang yang ditanggung sudah dikurangkan.
  • Sekiranya kalau terjadi musibah yang tidak disangka (masalah tak dapat gaji, kena buang kerja atau ditipu sehingga mengalami kerugian yang banyak), anda kurang merasakan beban tersebut.
Semestinya, Bank Negara Malaysia (BNM) merangka & melaksanakan garis panduan seperti ini ada sebab musababnya daripada segi makro-ekonominya di Malaysia

Wednesday, January 25, 2012

Kalkulator Ar-Rahnu Agrobank

Gambar di bawah ialah "snapshot" jadual pengiraan Ar-Rahnu Agrobank dalam bentuk Excel. Boleh download di sini.
Kalkulator Ar-Rahnu Agrobank




Thursday, January 19, 2012

Berstatus muflis di usia muda






APA perasaan anda apabila menyandang status muflis pada usia yang masih terlalu muda'? Tambah lagi apabila silapnya adalah anda tidak mampu lagi membayar hutang kad kredit yang mencecah ribuan ringgit. Atau mungkin kerana menjadi mangsa kepada ketaksuban untuk bertukar-tukar kereta pada hal kewangan belum benar-benar layak untuk berbuat demikian.


Bukan itu sahaja, anda juga sudah boleh menjadi penjamin pinjaman orang lain dan mempunyai hak menentukan keperluan diri sendiri terutama dalam aspek pembelian harta dan sebagainya.

Tidak salah memenuhi keperluan asas, namun salah langkah dan tanpa perancangan kewangan yang teliti bahana menanti.

Apatah lagi dengan promosi yang bertambah-tambah galak terutamanya apabila majikan mengumumkan kenaikan gaji dan bonus. Serentak itu berpusu-pusulah juga bank dan kakitangannya membuat promosi menarik dengan janji-janji serba indah.
Mungkin apa yang berlaku hari ini tidak sama seperti 20 hingga 30 tahun dulu. Dulu kuasa membeli kita terlalu rendah namun keadaan tersebut memang amat berbeza kini.
Jangan leka tak berjimat dan seronok nak bergaya sangat, kerana salah langkah buruk padahnya, tidur tak lena, tekanan di sini sana.

Lebih memburukkan keadaan, dalam usia yang masih boleh dikategorikan muda anda sudah disenaraihitamkan oleh institusi perbankan atau lebih teruk bergelar muflis.
Muflis terjadi apabila berlaku situasi ketidakupayaan membayar kembali hutang, liabiliti, entiti, aset atau apa jua kaedah dalam urusniaga mata wang kertas kepada pemberi hutang melebihi tempoh yang dibenarkan.

Adakalanya mungkin keadaan yang menyebabkan seseorang individu itu terjebak dalam keadaan ini. Kurangnya pengetahuan dalam ilmu pengurusan kewangan juga boleh menjadi punca seseorang itu terjebak menjadi muflis.

Dalam satu laporan akhbar yang diterbitkan baru-baru ini menyebut, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Statistik itu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj.
Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.


Kesimpulannya, bagi mereka yang baru bekerja, kira ke mana duit kamu dibelanjakan, jangan boros, kamu lebih panjang akal dan panjang langkah. Tak perlu bayar bil telefon beratus-ratus, tak perlu bayar bil stesen televisyen satelit, pakaian berjenama, bergaya dengan kereta atau makan bermewah cukuplah sekadar bersederhana dan naikkan elaun bulanan orang tua bagi mendapatkan keberkatan.


Tuesday, January 17, 2012

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


2012/01/17

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India. 


Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.


Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.


“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. 



Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. 



Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS. 



Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai. 
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram. 



Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global. 



Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu. 



Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung. 



"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya. 



Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu. 



Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan. 



Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini. 



Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.


Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasdijangkacecahRM503satugrammenjelang2020/Article

Monday, January 16, 2012

Emas sebagai "emergency cash"

Kadang kadang kita menghadapi satu situasi, di mana kita perlukan wang dalam jumlah yang agak banyak, atas sebab sebab yang tidak diduga, sebagai contoh, untuk baiki kerosakan kenderaan, membiayai kos perubatan atau untuk menampung kos mengembangkan perniagaan anda. Jadi bagaimana simpanan emas anda boleh membantu anda menghadapi situasi sebegini?


Salah satu caranya ialah "mencairkan" emas anda kepada wang atau "cash money".

Dan salah satu caranya mencairkan emas tanpa menjualnya anda ialah dengan menggunakan Ar-Rahnu.

APA ITU AR-RAHNU?


Pinjaman ar-rahnu ialah skim pajak gadai islam yang berasaskan syariah dimana bank memberi pinjaman bersandarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan akan mengemukakan barang kemas@ emas sebagai cagaran.Barang kemas itu akan disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.


Dengan kemudahan Ar-Rahnu yang disediakan, anda boleh mencagarkan emas anda untuk mendapatkan "cash money" dengan segera bila anda memerlukannya.Anda akan mendapat pinjaman sehingga 70% dari nilai emas yang anda cagarkan. Kebiasaannya anda boleh menebus kembali emas anda tadi dalam masa 6 bulan atau lebih awal dari itu, dengan membayar jumlah pinjaman tadi dan berserta upah simpan yang telah ditetapkan.





PROSES PINJAMAN BERCAGARKAN EMAS (AR-RAHNU).

Sebagai contoh anda mempunyai 10gm emas berketulenan 24k(999)

Sila pastikan anda membawa kad pengenalan. Resit pembelian kadang kadang diminta, jadi kalau ada bawalah sekali kalau kalau pegawai nak tengok.

1)Pegawai ar-rahnu akan menimbang emas tadi dan memeriksa ketulinannya.

2)Setelah itu pengiraan nilai emas pun akan dibuat.Sebagai contoh, pada hari itu, kadar bagi segram emas 24 k adalah rm 200(rm 200/gram). Jadi nilai ringgit emas anda ialah

10gm x rm 200 = rm2000.Nilai ini juga dikenali sebagai NILAI MARHUN.

3)Sekarang pengiraan untuk jumlah pinjaman maksimum yang boleh anda perolehi, kebiasaanya 70% daripada nilai marhun tadi.

70% x rm 2000 = RM 1400. Ini adalah JUMLAH PINJAMAN maksimum anda.


4) Seterusnya kos upah simpan bulanan. Kita andaikan upah simpan adalah

RM 0.70 bagi setiap RM 100 nilai marhun.

jadi pengiraan untuk kos upah sebulan adalah :

        (Nilai Marhun / RM100) x rm 0.70 = (RM 2000 / RM 100) x RM 0.70
                                                                = RM 14.00 (KOS UPAH SIMPAN BAGI SEBULAN)

5) Kita andaikan anda akan menebusnya selepas 6 bulan . Jadi jumlah bayaran balik :

(Kos upah sebulan x jumlah bulan) + Jumlah pinjaman= (RM 14 x 6 bulan) + RM 1400
                                                                                      =  RM 84 + RM 1400
                                                                                      = RM 1484 (JUMLAH BAYARAN BALIK)
Tapi seperti saya jelaskan awal tadi, anda boleh menebus awal emas anda, dan kos upah hanya akan dikira hingga setakat tempoh dari bulan anda mencagar hingga ke bulan anda menebusnya kembali.katakan anda menebus dalam masa 3 bulan, jadi upah simpan anda hanyalah RM 14 x 3 bulan RM 42 sahaja.

 6) Setelah selesai pegawai bank akan menyerahkan anda surat pajak yang ditandatangani oleh anda dan pihak bank dan seterusnya anda akan menerima "cash" di kaunter.


CARA MENEBUS.

Hanya bawa surat pajak berserta IC dan duit pembayaran. Setelah selesai bayaran, emas anda akan dikembalikan.



Itulah secara ringkasnya cara cara membuat pinjaman menggunakan Arrahnu di bank bank dan koperasi.

Jadi anda boleh merancang kewangan anda supaya anda dapat tebus balik emas yang dicagarkan tadi.


JUMLAH BAYARAN BALIK/ 6 bulan = RM 1484 / 6 = RM 248 sebulan. Jika anda amalkan disiplin membuat peruntukan setiap bulan , insyAllah tiada masalah untuk anda tebus balik emas anda pada masa yang telah ditetapkan.

Jika anda gagal menebusnya dalam tempoh masa 6 bulan, anda boleh memohon untuk dilanjutkan tempoh pinjaman dengan syarat anda mestilah membayar upah simpan terdahulu. Jika sudah sampai tahap di mana anda tidak dapat menebus emas anda, pihak Ar-rahnu akan melelong emas tersebut mengikut harga pasaran semasa. Jika terdapat lebihan dari hasil lelongan tersebut setelah ditolak jumlah pinjaman dan upah simpan, duit lebihan itu akan diserahkan kepada anda. Tapi saya berharap janganlah sampai perkara ini terjadi kerana ianya merugikan anda. Jadi rancanglah kewangan anda dengan teliti supaya anda tidak kehilangan emas anda.

Akhir kata, jika kemudahan digunakan dengan cara yang betul, anda akan dapat kelebihannya berbanding dari menyimpan wang kertas.

Apa kelebihannya?
Andaikan anda hanya mempunyai wang simpanan sebanyak RM 2000 yang telah anda kumpul selama setahun, bila ada kecemasan anda terpaksa gunakan wang tersebut. Jadi anda terpaksa berusaha kembali untuk mengumpul semula wang simpanan anda, kalau tak kena gaya dan kurang disiplin, mungkin sukar nak capai tahap tersebut dalam kadar segera.


Berbanding apabila anda mempunyai emas yang nilainya RM 2000 pada waktu tersebut, anda menggunakan kemudahan Ar-Rahnu untuk dapat wang segera dan dalam masa 6 bulan anda sudah pun dapat menebus kembali emas.Dan kebiasaanya selepas 6 bulan, harga emas anda mungkin sudah meningkat. Masalah anda selesai, dan anda dapat balik emas anda, yang harga meningkat saban tahun. Bukankah itu sesuatu yang menguntungkan?

p/s: Jangan salah gunakan kemudahan ini, meminjam hanya bila terdesak sahaja.

Untuk mendapatkan kalkulator perngiraan Ar-rahnu Agrobank klik di sini
http://mygoldtrading.blogspot.com/2012/01/kalkulator-ar-rahnu-agrobank.html