Sunday, June 10, 2012

Spread Harga Jongkong Perak Keluaran GCP, untungnya jadi pengedar =)
















Berminat menjadi pengedar di bawah Rangkaian MYGold Trading ikuti langkah langkah berikut :
Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke 019 242 6402 atau emel ke myusriyusoff@facebook.com

CARA MENDAFTAR BAGI PROMOSI TANPA BELIAN MINIMUM.
1) Buka website www.gcp.com.my
2) Klik register dan masukkan nama dan nombor I’d introducer
 
    Nama : Mohd Yusri bin Mohamad Yusoff
    ID        : ad2719
*Sila rujuk senarai pengedar di blog ini di menu “Contact us” dan Cara Mendaftar sebagai Dealer”
3) Isi borang yg disediakan dan ikut arahan hingga akhir.
4) Bank in RM 1000 ke akaun Maybank 505103003954 dan email bukti bayaran.
Pendaftaran akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24jam mengikut masa bayaran dibuat.
Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms.

13 Sebab Untuk anda sertai kami di GCP 
http://mygoldtrading.blogspot.com/2012/03/13-sebab-mengapa-anda-harus-menjadi.html

Friday, June 01, 2012

Rules of Money by Robert T Kiyosaki



Banyak yang boleh diplejari dari video ini, antaranya , kenapa beliau mengatakan
"SAVERS ARE LOOSERS", di mana beliau maksudkan rugi kalau kita simpan duit kertas.
hujah beliau,selepas tahun 1971, di mana Richard Nixon (presiden Amerika ketika itu) menamatkan sandaran matawang USD  kepada emas , sifat wang pada US Dollar hilang. USD bukan lagi wang tetapi "Currency"..dan bila namanya currency yang asal berasal dari perkataan current, maka ianya mestilah mengalir(invest), bukannya untuk di simpan seperti aset.

Beliau juga menerangkan, dalam sistem pendidikan yang dipraktikkan sekarang hanya mengetengahkan Akademik dan Profesionalisme dan mengabaikan terus ilmu mengenai pengurusan kewangan dan perlaburan.

Robert mengklasifikasi 4 kategori manusia:


Employee- Pekerja
Specialist/Self employed/small business - Golongan profesional spt doktor, peguam, dsb
Big business Owner
Investor -Pelabur

Dalam satu perkara yang lain, apa yang menarik perhatian saya ialah bagaimana beliau dengan mudah menerangkan tentang konsep Assets dan Liabities. Assets adalah sesuatu yang menambah wang (positive cashflow) dan Liabilities pula sebaliknya iaitu negative cashflow. Robert berkata, ramai yang salah faham bahawa membeli rumah atau apartment adalah suatu aset tapi tidak bagi beliau selagi kita yang perlu membayar "mortgage" itu sendiri.

Banyak lagi yang diterangkan seperti ,apa itu Bad Debt dan Good Debt dan nasihat beliau pada pelabur pelabur supaya tidak terlalu ghairah mempelbagaikan instrumen pelaburan kerana pada beliau fokus pada sesuatu hingga berjaya itu lebih penting.

F-  Focus
O- One
C- Course
U- Until
S- Success

Setelah melihat video ini , saya sendiri rasa teruja untuk membeli buku karangan beliau yang laris Rich Dad Poor Dad, insyaAllah semoga ilmu ini bermanfaat, mana yang baik kita ikut, mana yang kurang baik , kita perbaiki dan cari jalan alternatif.






Tuesday, May 29, 2012

Hati hati bila mencuci barang kemas.



Sindiket curi emas tumpas
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_14.htm






MOHAMAD NASIR (tengah) menunjukkan emas yang siap diproses semula oleh satu sindiket mencuri emas di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor semalam.



MUAR - Satu sindiket mencuri emas tumpas apabila 21 suspek termasuk 14 orang warga China ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di sini pada 25 Mei lalu.
Sindiket berkenaan dipercayai mencuri emas milik pelanggan dengan cara mencuci barangan kemas berkenaan menggunakan bahan kimia bagi tujuan melunturkan emasnya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, modus operandi kumpulan itu adalah dengan mengunjungi rumah ke rumah kononnya untuk menjual emas pada harga murah tetapi sebenarnya emas tiruan.
"Apabila mangsa tidak berminat membeli emas tersebut, mangsa ditawarkan pula khidmat mencuci emas pada harga RM3 hingga RM5 tetapi mereka sebenarnya menggunakan sejenis kimia yang boleh menyusutkan 20 peratus kandungan emas tulen milik mangsa tanpa disedari," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sunday, May 27, 2012

Bukan senang untuk senang- Shamsul Anuar , pengasas GCP


Percaturan Shamsul menjadi

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
Sumber asal : http://www.hmetro.com.my/articles/PercaturanShamsulmenjadi/Article/artikelMA#.T8Fv_wSzPXc.facebook
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MENGUNTUNGKAN...Shamsul menunjukkan pelbagai jenis emas ditawarkan GoldCrest Pavilion.
MENGUNTUNGKAN...Shamsul menunjukkan pelbagai jenis emas ditawarkan GoldCrest Pavilion.
TIGA tahun lalu, dia pernah berputih mata apabila jongkong emas dibelinya ‘bertukar’ menjadi jongkong tembaga, menyebabkan dia kerugian RM700,000.
Malah, ketika sibuk mempromosikan pelaburan emas ditawarkan syarikatnya kepada orang ramai, dia pernah dituduh penipu kerana dikatakan mengamalkan syarikat perniagaan berasaskan program Multi Level Marketing (MLM) yang hanya mencuri duit orang ramai.
   
  • FotoPERIKSA...pekerja GoldCrest Pavilion, Sukri Ngatiman memeriksa kualiti emas yang dijual.
  • FotoBANGGA...Shamsul (enam dari kanan) bersama kakitangan GoldCrest Pavilion.
Walaupun banyak rintangan terpaksa dihadapi, siapa sangka berkat kesabaran menghadapi dugaan ditipu selain dituduh penipu, Shamsul Anuar Md Ali, 34,
kini boleh berbangga apabila perniagaan diceburinya berjaya membuahkan hasil.

Dengan modal permulaan sebanyak RM300,000 untuk memulakan syarikat di bawah nama GoldCrest Pavilion (GCP) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2009, kini Shamsul Anuar mampu tersenyum bangga apabila keuntungan diperoleh meningkat berkali ganda mencecah RM40 juta, sekali gus melayakkannya bergelar antara jutawan Bumiputera.
Menceritakan bagaimana dia boleh berkecimpung dalam bidang perniagaan sedangkan pendidikan tertinggi diterimanya melayakkan dia memegang status guru, Shamsul Anuar yang lebih mesra dipanggil Shamsul berkata, segala-galanya bermula pada 2005 apabila dia terpaksa melakukan pekerjaan sampingan bagi mencari duit lebih.

“Gaji diterima sebagai guru pada waktu itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian, termasuk membayar hutang rumah dan kereta.

“Jadi, saya dan isteri ketika itu membuka kelas tuisyen sebaik tamat waktu mengajar. Itupun hanya bertahan setahun kerana hasil diterima tidak seberapa.

“Selain tuisyen, saya menjalankan perniagaan sampingan seperti menjual baja, melakukan kerja-kerja percetakan dan menjadi ejen syarikat MLM, tetapi semuanya hanya sekerat jalan,” katanya.

Dalam tercari-cari pekerjaan sampingan yang boleh mendatangkan hasil lumayan, Shamsul berkata, bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’ dia menerima tawaran membuka restoran makanan sendiri pada 2006.

Namun, perniagaan itu yang diharapkan dapat mengubah kehidupannya hanya bertahan dua tahun sebelum dijual kepada orang lain.

“Sebenarnya sewaktu berniaga makanan, selepas saya buat pengiraan balik, termasuk tenaga yang keluar, ia langsung tidak berbaloi.

“Untung memang untung, tapi tak seberapa dengan tenaga dikerah kerana daripada pagi hingga petang, saya mengajar di sekolah. Bila tamat waktu sekolah, terpaksa terkejar-kejar untuk membuka restoran pula. Akhirnya selepas berbincang dengan isteri, kami nekad menutup perniagaan itu,” katanya.

Mengakui bukan senang untuk senang, dia dan isterinya kemudian nekad melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan.

“Mungkin ramai tidak percaya bila mendengar saya dan isteri jadi nelayan, tetapi itulah hakikatnya.

“Selama setahun, saya dan isteri melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan berikutan terdesak mencari duit lebih dan selama itu juga saya menyedari bukan senang menjadi nelayan.

“Boleh dikatakan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ada ketikanya dapat ikan, ada ketika langsung tak dapat seekor pun hatta anak ikan,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan nekad memaksa isterinya membuat pinjaman peribadi bagi dilaburkan dalam perniagaan emas pada 2009 yang mengubah kehidupannya daripada guru kepada ahli perniagaan berjaya.

“Sebenarnya, sewaktu jadi nelayan, saya banyak berfikir mengenai perniagaan yang masih boleh memberi keuntungan walaupun barangan itu tidak berjaya dijual kepada pelanggan.

“Akhirnya, saya menyedari ada tiga perniagaan yang berpotensi untung iaitu terbabit dalam bidang hartanah, jual beli minyak serta gas atau terbabit dalam perniagaan emas.

“Ketiga-tiga ini kalau tidak laku sekalipun, nilainya tetap meningkat dan setelah puas berfikir, akhirnya saya nekad mengkaji perniagaan emas,” katanya.

Namun, Shamsul mengakui bukan senang untuk senang. Cabaran pertama perlu ditempuhinya apabila adik beradik serta isterinya enggan menyokong niatnya berikutan banyak perniagaan diceburi sebelum itu gagal.

“Perasaan saya ketika itu tidak boleh digambarkan kerana orang yang rapat dengan saya meragui kebolehan saya.

“Namun kerana nekad, saya paksa juga isteri membuat pinjaman bersama berjumlah RM300,000 bagi membeli dua kilogram emas,” katanya.

Ternyata percaturan Shamsul bukan angan-angan kosong, sebaliknya dalam tempoh sebulan dia berjaya menjual emas itu dan memperoleh keuntungan RM40,000.

Keuntungan diperolehnya kemudian dijadikan modal pusingan untuk membeli lebih banyak emas dan tanpa menoleh ke belakang, dalam tempoh setahun, dia memperoleh keuntungan sehingga RM23.9 juta.

Menurut Shamsul, sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan emas, dia puas berikutan berjaya membuktikan kegagalan masa lalu bukan bermakna seseorang itu akan gagal selama-lamanya.

Bagi berkongsi kejayaan, Shamsul berkata, dia juga kini bukan sekadar menawarkan khidmat jual beli emas, malah menawarkan peluang kepada orang ramai menjadi pengedar produk emas yang dihasilkan di bawah jenama GCP Pavilion.

“Saya rasa ini antara cara yang boleh saya lakukan untuk menolong orang ramai, khususnya Bumiputera, untuk berjaya dengan hidup.

“Ini kerana emas tidak seperti benda lain. Ia sentiasa mempunyai harga, dan walaupun ada ketika nilainya susut, itu cuma untuk jangka masa singkat,” katanya.

Shamsul berkata, potensi jual beli emas sentiasa terbuka berikutan emas sememangnya diiktiraf sebagai aset paling berharga dan tidak akan susut nilai dari dulu, kini dan pada masa depan.

Kerana itu juga, dia kini mensasarkan lebih ramai rakyat di negara ini melabur dalam pelaburan emas berikutan ia satu-satunya aset yang mampu bertahan walaupun keadaan ekonomi dunia jatuh merudum, sekali gus memberi kesan kepada kadar mata wang sesebuah negara.

Bagaimanapun, bagi merealisasikan hasratnya, dia mengakui perlu mengikis perspektif negatif kebanyakan masyarakat di negara ini yang lebih bergantung
kepada duit sebagai aset simpanan.

“Ini yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat masa kini kerana ramai antara kita melihat duit itu lebih bernilai berbanding emas.

“Masyarakat lebih gemar menyimpan duit yang hanya memberikan faedah yang tidak seberapa. Kini tugas saya untuk memberi kefahaman kepada mereka supaya duit ditukar kepada emas berikutan harga emas lebih menguntungkan,” katanya.

Shamsul berkata, GCP sebagai syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya kini turut menawarkan bimbingan kepada masyarakat dalam sistem pelaburan
emas.

“Emas bukan seperti hartanah, simpanan di bank, saham atau sebagainya. Emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi.

“Emas adalah aset mudah tunai dan mempunyai kecairan paling cepat, di mana atau pada bila-bila masa saja pemiliknya boleh menjual semula jika mengalami masalah kewangan.

“Kami mahu membantu masyarakat celik mengenai emas. Selain mensasarkan individu mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan menyimpan emas, kami membantu masyarakat meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan dengan menjadi pengedar
GCP, di mana harga yang pengedar beli daripada GCP jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.

Menjelaskan potensi pelaburan emas, Shamsul berkata, emas adalah barangan berharga yang digunakan banyak industri berasaskan teknologi elektronik dan barangan elektrik kerana emas adalah antara pengalir arus elektrik yang terbaik.

Tuesday, May 01, 2012

PELEBURAN ATAU PERLABURAN?

Hati hati dengan skim "Beli emas, dapat duit bulan2"
Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelaburemasberputihmata/Article/index_html#.T59EhnQ_eLU.facebook


MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.
MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.
IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.
Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.

Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.

Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.

Jurucakap mangsa pelaburan emas Bestino, K Kunasegaran berkata, wakil syarikat itu sebelum ini memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka sedang menguruskan kemasukan wang pelaburan dari Hong Kong ke negara ini untuk menunaikan janji memulangkan wang pelaburan pada 30 April (semalam).

Menurutnya, ribuan pelabur mengemas kini akaun bank masing-masing sejak kelmarin bagi membolehkan wang pelaburan itu dibayar semula ke dalam akuan bank.


“Malangnya, tiada wang pelaburan dimasukkan ke dalam akuan bank semalam seperti yang dijanjikan pada 13 Februari lalu. Malah, pejabat syarikat itu ditutup dan kami seolah-olah dipermain-mainkan sekali lagi.

“Kami beri tempoh empat hari kepada pihak syarikat. Kami akan datang semula pada 5 Mei ini untuk menuntut wang kami semula,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Menurutnya, kes itu sudah mendapat liputan meluas media dan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan perlu campur tangan bagi membantu mangsa yang tertipu.

Pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd, Chong Yuk Ming, sebelum ini berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sedikit sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula.

Menurutnya kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang, termasuk mencairkan aset syarikat di luar negara untuk membayar semula wang pelaburan itu.

Pengarah syarikat pelaburan itu pernah menunjukkan dokumen berhubung wang sebanyak AS$146 juta (RM438 juta) yang didakwa akan dikeluarkan dari sebuah bank di Hong Kong bagi membayar balik wang pelaburan mangsa.

Saturday, April 21, 2012

3 KES PERLABURAN EMAS

CREDIT TO TUAN HANIZ ZERSTOREN

Soalan :

“boleh saya tau ada skim yang menggunakan investment gold sebagai medium yang semakin menular di malaysia …. mcm mana nak bezakan skim piramid tu dgn investment emas yang betul”

Jawapan :

KES 1

Ali beli emas 1gm=rm150….Ali beli 100gm=rm15000…bila harga emas naik 1gm=rm190…Ali jual emas 100gm tadi dengan harga rm19000…
Jadi anda beli rm15000,jual rm19000…Ali dah untung rm4000.
BAGUS! ini investment namanya. TAHNIAH ALI =)

KES2

Ali beli emas 1gm=rm150…Ali beli 100gm dan bayar rm15000…tetapi emas disimpan oleh pengelola.utk dpt keuntungan dari pengelola…Ali dikerah macam kerbau mencari orang. setiap org yg Ali dapat…pengelola bg Ali rm400…2 org=rm800.ini bukan investment tapi HYIP program.

KES 3

sama harga pasaran emas 1gm=rm150…tapi pengelola tak bagi harga ini.dia bagi harga 1gm=rm168…untuk emas 100gm kena keluar modal rm16800… selama 6 bulan berturut turut pengelola akan bg rm300…duit HIBAH (kata mereka).

tetapi cuba anda teliti semula 16800-15000=rm1800 betul.
rm300 x 6=rm1800
yg ni namanya BULL STUPID DUMBASS INVESTMENT.orang orang yg masa sekolah dulu time subjek math aje mesti lelap dlm kelas.(agak kasar tapi ramai yang masih tertipu)

senang je nak kira…berapa % sebulan nak bagi hibah pada orang tu…2,3,4%…katalah 3% selama 6 bulan.katalah company dapat dari supplier RM165/gm.Hibah nak bagi untuk selama 6 bulan=3% x 6=18%…so kira2 dia
RM165 x 18%=29.70…bermakna 1 gm kena mark up RM29.70…RM165 + RM29.70=194.70 kena jual pada customer

Contoh kes 2 ialah VGMC dan kes no 3 ialah Genneva

Friday, March 23, 2012

13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP


13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP

Credit : http://jutawangold.com/artikel/13-sebab-mengapa-anda-harus-menjadi-pengedar-gcp.html
Ramai yang tanya saya apa yang mereka akan dapat dengan menyertai GCP sebagai pengedar emas.Sebelum itu kena faham dulu untuk apa jadi pengedar emas?Meniaga macam jual penapis air ke?Tunjuk emas dan suruh orang beli?Jika itu tanggapan anda,teruskan membaca supaya anda lebih faham.Di bawah adalah petikan dari artikel sebelum ini,saya ulang kerana sehingga sekarang saya masih menerima soalan yang sama.Mungkin kena guna kaedah pengulangan sehinggalah sebati dalam ingatan semua :)
1.Bisnes apa ni?
GCP adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam bentuk barang kemas 999,dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram (sekitar RM200+) sehinggalah ke 100g.Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari susut nilai dan kalis inflasi.Ianya ada kaitan dengan wang kertas yang sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya.
2.Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?
Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan,pulangan,dividen dan sebagainya.Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas,dan simpanlah emas tersebut.Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer.
Nak duit lebih,ada caranya,anda usaha,anda dapat.Kami sedia membantu tunjukkan caranya.
3.Bagaimana saya untung?
Beli dan simpan pun dah untung,kalau nak lebih keuntungan bolehla sambil menyimpan meniaga emas.Tapi ada syaratnya,kena ada ilmu dulu tentang emas ni,barulah boleh meniaga.Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain,ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas,ini yang perlu anda pelajari.Hanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini.Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda jika anda masih tidak faham.
Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula,antara nak dengan tak nak sahaja.
4.Kena cari downline?MLM ke?
Tidak,ini bukan perniagaan MLM.Dan anda tidak perlu mencari downline.Apa yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan orang ramai,mulakan dengan orang yang anda kenali,sama ada rakan-rakan mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil menjana keuntungan sebagai pengedar).
Keahlian seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.

Promosi menjadi dealer dengan modal serendah RM1k sehingga 13 Mei 2012.Tiada syarat belian.Apa yang anda dapat dengan bayaran RM1k?Teruskan bacaan.
13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP
1.Dapat title pengedar emas
Dengan bayaran RM1k ,anda sudah layak bergelar pengedar emas @ dealer emas @ tokey emas :)
Kalau dulu,bukan senang nak jadi tokey emas ni,tapi sekarang zaman dah berubah,ramai yang mampu menjadi tokey emas @ pengedar emas mobil.Tak perlu keluar modal berjuta untuk buka kedai emas,bayar RM1k sahaja.Tidakkah anda teringin merebut peluang ini?

2.Harga pengedar jauh lebih murah
Cuba anda lihat harga pengedar di bawah,memang sangat murah.Namun adan juga  yang tertanya-tanya kenapa harga gold bar 1 gram mahal?
Jawapannya kerana kos mencetak yang mahal dan biasanya memang sesuatu barang itu akan lebih murah jika kita beli yang lebih besar,sebagai contoh,lihat harga untuk 10g bar,RM1760= RM176/gram.Jangan terkejut jika melihat harga untuk gold bar 100g,kerana ianya cuma 170/gram.Harga kedai emas sekarang RM200/gram.

Ini adalah harga untuk emas 916 :
Emas 916
Kami JualKami Beli
Rantai Tangan Melur(RM/g)
5gRM 162.50RM 143.00
10gRM 160.00RM 140.80
20gRM 160.00RM 140.80
30gRM 159.00RM 139.92
40gRM 158.20RM 139.22
50gRM 156.50RM 137.72
100gRM 156.20RM 137.46

Catatan :Harga kedai emas yang ikut harga FGJAM ialah RM190 tidak termasuk UPAH.
GCP juga menjual barang kemas 999 (RT=rantai tangan , RL= rantai leher).Ada 4 paten barang kemas 916 dan 999 iaitu pasir padu,gajah padu,bunga pasir dan melur.
Harga pengedar sangat murah,ada yang mencecah perbezaan sebanyak RM30/gram.Bayangkan jika anda beli di luar,emas seberat 100g,anda telah jimat hampir RM3000 jika beli dengan GCP.
Mengapa bayar lebih?

3.Anda dapat kuasa membeli yang lebih dengan emas.
Jika anda menyimpan wang kertas,lama-kelamaan ianya susut nilai dan dimamah inflasi.Mudah sahaja untuk memahami inflasi,lihatlah harga barang di sekeliling kita sekarang,bukankah anda perlu menambah wang dari semasa ke semasa untuk benda yang sama?Inilah yang dikatakan sebagai inflasi.
Berbanding jika anda simpan emas,harganya untuk jangka masa panjang semakin naik,maka kuasa membeli akan semakin meningkat.
Wang kertas semakin susut nilai
Kelebihan anda sebagai pengedar,anda boleh sampaikan info ini kepada orang lain dan memudahkan urusan mereka untuk mendapat stok emas dari anda.

4.Kos penghantaran PERCUMA dari GCP seumur hidup
Bayangkan anda order emas hari ini,esok sampai. :)
Tak perlu keluarkan duit minyak,dan kos-kos lain untuk ambil stok di cawangan.Jimat bukan?
Masa dan tenaga juga jimat dan bolehla digunakan untuk membuat perkara lain.
Syarikat memberi jaminan jika berlaku kehilangan.Setakat ini belum pernah berlaku.
5. Kos penghantaran PERCUMA kepada pelanggan anda.
Anda mempunyai kelebihan untuk mendapat keistimewaan ini.Anda mendapat pelanggan,dan mereka jauh dari anda,maka bolehla membuat tempahan dengan GCP,buat bayaran dan tempahan akan dihantar kepada pelanggan.Segalanya hanya di hujung jari.
Dalam masa yang sama,anda telah pun menjana keuntungan secara tak langsung.Masih tak faham?Jangan risau,kami akan membimbing pengedar baru untuk mengetahui cara mendapatkan keuntungan dalam private group

6. Produk Terkini
Dari semasa ke semasa GCP sentiasa memberi kejutan dengan mengeluarkan produk terkini mengikut keperluan dan trend terkini.Contohnya di bawah ini,produk 1 gram gold bar yang merupakan antara hot item dan terkini 5 gram RT emas 916 paten melur yang comel :)



Akan datang GCP akan mengeluarkan produk silver pula,jika tiada aral,dalam tahun ini juga atau selewatnya awal tahun hadapan.Pasti ianya berita gembira bagi peminat silver.

7. Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
A)Mencuci emas (percuma)
B)Mencelup emas (kos minima)
C)Menilai harga emas terpakai (percuma)

8.Menyediakan modal dalam bentuk :
- Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar yang membuat jualan 500g dan ke atas dalam 1 transaksi/1 pelanggan. Pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar. Bayaran boleh dibuat oleh pelanggan sewaktu emas tersebut diterima.
- Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.
-Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

9.Insentif Pengedar
Dealer get dealer
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Ganjaran RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)
Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00
Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.
Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00
10.  Seminar PERCUMA
GCP menyediakan insentif kepada dealer yang hendak mengadakan seminar,segala kos ditanggung oleh GCP.Anda hanya perlu maklumkan tempat,tarikh dan uruskan peserta,selebihnya akan diuruskan oleh GCP.CEO GCP sendiri akan memberi talk dan penganjur diberi saguhati kerana menganjurkan seminar.
Peruntukan juga diberi untuk banner.Anda boleh pasang lebih awal untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai seminar yang dianjurkan.
Ingin design banner?Saya ada.Anda hanya perlu ubah sedikit info sahaja.
Akan datang,akan diadakan seminar khas untuk membantu pengedar emas.

11. Kebebasan Kewangan
Dengan menjadi pengedar emas,anda memainkan peranan untuk menyampaikan info kepada orang ramai mengenai sebab dan kepentingan emas agar mereka celik tentang emas.Dalam masa yang sama,sudah tentu anda juga membuat simpanan emas secara konsisten.Ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita dalam berbelanja .
Pengalaman sendiri,saya semakin berjimat cermat dalam perbelanjaan,kewangan saya bertambah baik dan saya bebas dari membuat hutang selepas menyimpan emas.
Sebenarnya ada banyak yang harus anda gali sebagai dealer emas ini,dan tidak semua dapat dijelaskan di sini.

12.  Group@FB
Bagaimana saya membantu dealer-dealer di seluruh Malaysia,malah ada yang berada di luar negara,termasuklah di Brunei dan London?
Group Gold Investor Club
– group ini terbuka kepada semua penyimpan dan pengedar emas.Membincangkan pelbagai topik berkaitan dengan emas,simpanan emas,analisis harga emas,pendedahan skim pelaburan emas dan macam-macam lagi.Saya biasanya akan meminta mereka yang baru mengenali emas menyertai saya dan rakan-rakan saya yang lain di situ kerana ada banyak info.
Jom sertai Gold Investor Club
Group Rangkaian Dealer Jutawangold
-group khas untuk guide dealer dalam rangkaian ini yang telah memberi kepercayaan memilih saya sebagai introducer.Jadi,saya mengambil inisiatif untuk berkongsi info-info,dan juga maklumat asas di situ,selain mengeratkan ikatan sesama rakan pengedar di mana kami selalu bantu membantu di antara satu sama lain termasuk dalam urusan jual-beli emas.

-Bimbingan terus dari CEO
Sebaik sahaja anda menjadi pengedar GCP,anda layak menyertai Group Pengedar  GCP Seluruh Malaysia di mana dapat berinteraksi dengan rakan pengedar di seluruh negara.Anda juga boleh mendapat info dari pihak syarikat termasuk CEO sendiri,en Shamsul Anuar Md Ali yang sentiasa juga berkongsi ilmu-ilmu pemasaran dan menyediakan marketing tools free untuk para pengedarnya.Banyak faedahnya menyertai group ini kerana segalanya menjadi mudah.

13. Kaya dan berjaya
Dengan menjadi pengedar emas,anda sebenarnya membantu :
1.Diri sendiri untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat
Apabila anda menyimpan emas,anda layak membayar zakat apabila emas anda cukup haul dan nisab,juga zakat perniagaan hasil keuntungan.Bukankah ianya satu sumbangan yang bagus dalam meningkatkan ekonomi umat Islam?
2.Orang lain untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat
Apabila anda mengajak orang lain menyimpan emas,sebenarnya anda membantu mereka dari terus menyimpan wang kertas yang susut nilai itu,sebaliknya menyimpan logam berharga yang menguntungkan untuk jangka masa panjang.Lebih ramai yang menyimpan,lebih bagus kerana lebih ramai yang akan membayar zakat dan menjadi kaya dan berjaya melalui simpanan emas ini.
Lihat sahaja iklan-iklan produk bank,kenapa tidak kita sebagai pengedar mengambil peluang untuk memperkenalkan simpanan emas,kerana jika anda kaji sejarah wang,emas adalah wang yang sebenar.Bukankah prospek simpanan emas sangat luas?
Kesimpulannya,jangan tunggu lama-lama untuk membuat pilihan yang terbaik.Seperti yang pernah saya katakan,tersalah jadi dealer emas tidak apa,jangan tersalah join skim cepat miskin,MLM atau skim piramid.Dan jangan harapkan dapat duit bulan-bulan tanpa berusaha.Anda buat,anda dapat.
Mari sertai saya sekarang.Anda pasti tak menyesal.
Hubungi hotline :019-242 6402 atau di fb :facebook.com/myusriyusoff   untuk keterangan lanjut.