Thursday, May 05, 2011

Pengiraan Harga Emas berdasarkan harga pasaran di KITCO

Assalamualaikum.
Pengiraan ini berdasarkan harga pasaran emas mentah yang dipaparkan di KITCO
http://www.kitco.com/charts/popup/au24hr3day.html
Perlu diingatkan pengiraan ini tidak semestinya tepat, tetapi boleh dijadikan anggaran tentang harga emas sebenar di pasaran Malaysia.

sebagai contoh pada 05 May harga purata 1 Ounce emas adalah USD 1520

Oleh kerana di Malaysia kita lebih gemar menggunakan gram, jadi

1 Ounce(Troy) = 31.10 gm

31.10gm = USD 1520
1 gm = USD 48.87

Sekarang kita lihat pula kadar tukaran wang asing USD kepada RM


1 USD = RM 2.98

Jadi 1 gm = RM 145.63, dan inilah yang selalu orang panggil harga Spot Gold.

Persoalannya sekarang, kenapa kita perlu tahu harga Spot Gold nie?

Jawapannya, ia dapat membantu kita menilai sendiri harga emas yang kita ingin beli, adakah ia terlalu tinggi atau hampir dengan harga spotgold tadi.

Harga barang kemas seperti cincin, rantai lebih tinggi dari spot gold kerana kos pengeluarannya, serta kos pertukangan(workmanship).

Berbeza pula dengan gold bar atau syilling emas, yang mana harganya mungkin lebih hampir dengan harga spotgold, kerana kebiasaanya, kos pengelurannya jauh lebih rendah berbanding barang kemas dan tiada kos workmanship.

Sebagai contoh Dinar Putra(916/22K) seberat 4.25gm

Harga hari ini RM 687
Kandungan emas tulin ialah 91.6% drpd 4.25gm iaitu sebanyak 3.893gm

3.893gm x RM 145.63 = RM 566.94

Jadi perbezaan harga

RM 687 - RM 566.94 = RM 120(Kos pengeluaran+untung)

Tetapi RM 120 bukanlah bermakna kesemuanya itu adalah kos pengeluaran, tetapi telah meliputi kos penghantaran dan untung yang diambil oleh pengeluar,pengedar dan penjual.

Dari contoh di atas, diharap dapat membantu saudara saudari memahami mengapa harga dinar berbeza antara satu sama lain dan mungkin juga dapat membuat pilihan sebelum membeli sesuatu produk emas.

Diharap dengan sedikit maklumat ini dapat memberi manfaat kepada saudara saudari. Jika ada kesilapan, sila perbetulkan=).Wasalam.

Nota kaki: Tak semua kedai emas berpandukan pada KITCO...ada yang berpandukan pada harga pasaran EMAS PER TAHIL..InsyaAllah...saya akan tulis sedikit pengiraan berdasarkan EMAS PER TAHIL..





No comments:

Post a Comment