Friday, March 09, 2012

Panduan meningkatkan simpanan emas keluarga (bahagian 4)

Credit to Puan Nor Fazilah (JutawanGold Owner)

Beli secara konsisten

Lihat kepada perbelanjaan bulanan anda.Rancang dan buat bajet semula dan cuba kurangkan kos dengan berjimat cermat dan kurang perbelanjaan yang tidak perlu.Contohnya,ramai kaum wanita yang suka menghabiskan wang membeli pakaian,tudung mengikut trend,beg baru,kasut baru dan pelbagai aksesori.Cuba anda kira balik berapa yang telah dihabiskan dan jangan terkejut dengan jumlahnya nanti.Barang-barang tersebut semuanya susut nilai,sampai masa anda harus tukar yang baru kerana sudah ketinggalan dan rosak.Apakah tip yang saya praktik?Beli mengikut keperluan dan saya tidak mengikut trend kerana bagi saya satu pembaziran.Setiap kali ada fesyen baru ,maka ramailah yang akan membeli dan menghabiskan wang supaya kelihatan up to date.Bayangkan jika wang tersebut anda jimatkan dan simpan dalam bentuk emas,bukankah semakin bernilai.

Ini juga dapat dilihat dengan trend menukar handphone baru dan pelbagai gajet yang canggih.Mampukah anda mengikut perubahan semasa yang tidak berkesudahan ini?Saya lebih selesa menggunakan gajet sedia ada walaupun kelihatan ketinggalan zaman kerana saya dapat gunakan hasil penjimatan tersebut ke tempat yang betul.Malah saya bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang yang dapat mengawal hawa nafsu.

Belilah secara konsisten setiap bulan,contohnya:

1 bulan 1 dinar , 1 bulan 10g , 1 bulan 20g atau ikut kemampuan dan kewangan anda.

Sabar dalam simpanan emas kerana hasilnya pasti akan buat anda tersenyum.Biar sedikit asalkan bermula dan elakkan dari bercita-cita nak beli yang besar terus,akhirnya tak beli-beli.Sikit-sikit lama-lama pasti jadi bukit.




IKLAN:


KINI,SEMUA ORANG BOLEH MEMILIKI EMAS.
NOW EVERYONE CAN AFFORD TO OWN GOLD

Memperkenalkan 1 Gram GCP Goldbar 999.9 (24k)

Murah untuk dimiliki, mudah juga untuk disimpan.

Sangat sesuai dijadikan hobi menyimpan bulanan sebagai ganti simpanan wang kertas yang susut nilainya saban tahun.

Boleh dijadikan hadiah dan maskahwin.

Jaminan belian semula oleh syarikat GCP.

Kini tiada alasan lagi untuk tidak memiliki emas.

Miliki 1 gram emas anda hari ini

Mohd Yusri 019.242.6402
Bandar Baru Salak Tinggi-Sepang Area-Nilai Area
Official website: www.gcp.com.my

No comments:

Post a Comment