Thursday, February 23, 2012

Si Buta Yang Celik Emas



saje nak kongsi pengalaman semasa buat x-plan di PG Senawang,

Sembang2 dengan cik Siti, beliau cerita pengalaman dia dengan melayan pelanggan melalui telefon. Menurut beliau, pelanggan nie banyak kali call nak tahu pasal emas yang PG keluarkan, dari segi ketulenan, design dan harga, kiranya pelanggan nie minat D-Series la.

Oleh kerana susah nak terangkan pasal design melalui telefon, maka akhirnya cik Siti jemput pelanggan ni datang pejabat cawangan PG di Senawang nie supaya boleh tengok dan pegang sendiri emas yang dia selalu bertanya.

Jadi, pelanggan tuh setuju nak datang.

Anda tahu siapa customer yang selalu call tuh?

Rupa rupanya pelanggan yang selalu call cik Siti nie seorang pakcik yang buta mata penglihatannya,cacat tak nampak..datang pun ditemani dengan anak dan isterinya. Pakcik ni dapat pegang, rasa dan belek2 emas yang dia minat nak beli, sambil dibantu dengan penerangan oleh cik Siti.

Moral of the story:
-pengajaran untuk saya sebagai seorang delaer,walau apa pun karenah pelanggan, walau apa jua soalan yang kita kadang kadang rasa jemu nak jawab, kita mesti ingat, tak semua pelanggan sama keadaanya.jadi berikanlah khidmat dan layanan yang  terbaik, ikhlas nak bantu mereka celik pasal emas,

-pengajaran untuk saya sebagai penyimpan emas, saya agak terharu bagaimana seorang buta lebih celik pengetahuanya dan kesedarannya tentang kepentingan emas dan matlamatnya.ada ramai lagi orang yang celik penglihatannya di luar sana, masih lagi menutup mata  tak nak ambil tahu tentang kelebihan emas dan perlaburan yang betul.


Gambar di bawah nie adalah hasil dari lawatan ke PG Senawang semalam...nak tahu apa kat dalam nantikan entry saya yang akan datang hehehe




No comments:

Post a Comment